Sunday, October 17, 2010

Gadis Bertudung Persenda Zikir

video ini memaparkan tentang penghinaan beberapa orang remaja yang menghina zikir.tanpa ada rasa bersalah namun dengan bangganya mereka mempersendakan zikir....sememangnya cetek pengetahuan mereka dengan agama..adakah ini perlakuan yang seharusnya dicontohi oleh anak muda pada masa yang akan datang?????????tidakkah kita terfikir apakah pandangan orang bukan islam jika mereka melihat aksi ini...???adakah ia negatif atau positif???

bila solat dijadikan bahan ketawa

ViDEO

Video ini begitu melucukan, akan tetapai jika di hayati apa yng ingin disampaikan semestinya kita memahami. Walaupun ia mungkin di anggap kebiasaan dalam kehidupan, akan tetapi ia amat bermakna. Yang mana kita dapat mengetahui tentang manusia yang pelbagai kerenah. Manusia yang begitu jahil dan tidak menghiraukan amal makruf nahi mungkar yang telah ditetapkan. Janganlah kita memalukan diri sendiri dan orang ramai tentang tatasusila kita sebagai masyarakat islam atau agama lain. Tunjukanlah contoh yang terbaik, dan sebagai seseorang yang tahu tetap selok belok sesuatu hal tertentu.

video ini membuatkan kita sebagai penonton tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin dibuat oleh budak itu.

AKHBAR LUAR NEGARA (SIAPA PUNYA APA)

AL- JAZEERA


  • Al jazeera bermaksud SEMENANJUNG dalam bahasa arab adalah saluran berita dan hal ehwal semasa 24jam bahasa arab. Pejabat Al jazeera di Doha Qatar. Ia merupakan rangkaian terbesar arab di sebuah syarikat Induk Al- Jazeera dan pengendali beberapa saluran dedikasi lain seperti Al Jazeera Inggeris. Al Jazeera mendapat perhatian dunia selepas peristiwa serangan 11 September 2010 di New York Amerika Syarikat apabila ia menayangkan rakaman siaran para pemimpin Al Qaeda seperti Osama Bin Laden. Kehadiran Al Jazeera secara tidak langsung telah banyak mengubah lanskap dan geopolitikdunia arab.
  • Pemilik Al Jazeera satellite.

ETIKA MEDIA

Dalam pergaulan hidup bermasyarakat,bernegara hingga pergaulan kehidupan amat diperlukan sesuatu sistem yang dapat mengatur bagaimana seharusnya manusia bergaul dengan baik sesama sendiri.
Perkataan etika berasal dari perkataan Yunani ETHOS yang bererti nilai-nilai, kaedah-kaedah serta ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.
K ita beralih kepada etika media pula:

ETIKA DAN PENGAMAL MEDIA
  1. Peranan media seperti akhbar, buku, radio dan televisyen amat penting bagi menyebarkan maklumat yang tepat dan boleh dipercayai.
  2. Media akan membangkitkanpelbagai isu terutamanya melibatkan isu-isu seperti keganasan, perlakuan seksual, masalah sosial dan sebagainya untuk menarik perhatian pembaca
  3. Sekalipun tidak ada etika mutlak dalam penulisan di malaysia, namun etika kewartawanan boleh digunapakai sebagai panduan kepada golongan penulis
  4. Etika ini mementing tentang kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat sebenar.
  5. Penulis perlu memastikan kejujuran dalam penulisan, menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita dan mengelakkan tulisan berbentuk perkauman , bercorak fitnah dan bias srta melampau dengan tatasusila masyarakat majmuk di Malaysia.

TATASUSILA KEWARTAWANAN DI MALAYSIA

  1. Tugas utama wartawan adalah melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapatkan maklumat benar.
  2. Wartawan perlu menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak membuat ulasan dan kritikan yang saksama.
  3. Wartwan hendaklah menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar atau filem dan dokumen.
  4. Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan.
  5. Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita.
  6. Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri daripada fitnah, dan hasutan ,tuduhan ynag tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk sekalipun.
  7. Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan secara langsung dengan profesion mereka.
  8. Wartawan seharusnya menghindarkan siaran berita atau rencana yang bersifat perkauman , melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.

PUNCA BERLAKU PERLANGGARAN ETIKA

  1. Keinginan menjadi penulis dengan cepat
  2. Penyalahgunaaan teknologi
  3. Penguatkuasaan undang-undang yng longgar
  4. Tidak faham apa yang dikatakan pelanggaran etika
  5. Faktor bahasa
  6. Penggunaan status dan pengaruh

Wartawan merupakan nadi dalam dunia komuniksi dan media massa. Hampir semua maklumat yang disampaikan melalui penulisan untuk media cetak, elektronik atau online digaraf oleh wartawan. Kepesatan perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) membolehkan pengaliran maklumat dalam dunia tanpa sempadan, meletakkan peranan pembekal maklumat seperti golongan wartawan semakin kritikal.

Kewartawanan merupakan satu bidang yang melibatkan kegiatan mengumpul, menakrif, menyusun maklumat, menulis, melapor, menyunting dan menyiar cerita-cerita mengenai peristiwa melalui media cetak, media elektronik dan media online menjadi berita atau rencana yang mampu menarik perhatian serta dapat dimanfaatkan oleh khalayak media. Sesungguhnya , wartawan memikul tanggungjawab sosial yang begitu berat. ia disebabkan sesuatu maklumat yang disampaikan kepada masyarakat itu mampu mencorak fikiran mereka sama ada ke arah pemikiran memihak, tidak memihak atau berkecuali iaitu membentuk sama ada 'fikiran positif atau negatif', di samping memajukan atau memundurkan individu, masyarakat, organisasi atau negara. Sebagai orang media , wartawan sentiasa terdedah kepada pelbagai agenda bukan sahaja agenda media tetapi jugak agenda publik, agenda pemerintah, agenda komersil bagi mdeia swasta dan seumpamanya. Bagi media , tanpa publik pastinya media tidak akan wujud. Oleh itu, pemilihan dan citarasa masyarakat umum juga perlu diambil kira oleh pengamal media. Pada waktu yang sama , khalayak juga perlu faham dan sedar tentang citarasa mereka yang boleh membentuk agenda media. Ertinya agenda bukan hanya terletak di tangan pengamal media sahaja. Sehubungan dengna itu, khalayak perlu faham tentang tanggungjawab dan etika dalam media dan bukan hanya menyerahkan tanggungjawab itu semata-mata kepada pengamal atau organisasi media. Tiada cara lain, melainkan tanggungjawab utama para wartawan ialah mendidik dan menyampaikan maklumat kepada khalayak.

Wednesday, September 8, 2010

keberkesanan media tradisional berbanding media alternatif

media tradisional adalah media masa dengan kuasa dan mempunyai organisasi yang jelas sebagai media massa. ciri-ciri:
1.maklumat dari persekitaran diterjemah dan diedarkan.
2.menjadfi perantara dan menghantar maklumat melalui saluran tertentu
3.penerima mesej tidak pasif dan merupakan sebahagian daripada masyarakat dan memilih maklumat yang mereka terima.
4.interaksi antara berita dan penerima sedikit

jenis media tradisional surat khabar, majalah, radio,televisyen,wayang dan buku.pada hakikat sebenarnya media tradisional lebih berkesan berbanding moden. media tradisional bermula dari zaman dahulu kala lagi semasa jepun menjejakkan kaki ke tanah melayu.media tradisional diketahui oelh ramai masyarakat bermula datuk nenek sehinggalah cucu. walaupun ramai yang menafikan media tradisional kurang jelas dan lambat tetapi ia memberi kesan yang mendalam ke dalam diri masyarakat kerana sehingga kini masih ramai yang menggunakan dan menghargai media tradisional.sedangkan terdapat pelbagai media contoh akhbar semakin banyak dan hangat seperti sinar harian, metro,majalah juga semakin hangat di pasaran. radio menjadi tempat melepaskan masalah pendengar dan lain-lain berbanding dengan internet yang dikatakan banyak faedah dan kegunaan sebaliknya banyak perkara yang boleh menjatuhkan masyarakat dan negara.