Saturday, August 28, 2010

Maksud masyarakat

manusia merupakan makhluk yang memiliki keinginan yang menyatu dengan sesamaannya serta dalam lingkungan di sekitarnya. dengan menggunakan fikiran, naluri, perasaan keinginan dan sebagainya manusia memberi reaksi dan melakukan interaksi dengan lingkungannya. pola interaksi sosial dihasilkan oelh hubungan yang berkesinambungan dalam suatu masyarakat.

pandangan tokoh
#SELO SUMARDIAN :
-masyarakat adalah orang-orang yang hidup bersama dan menghasilkan kebudayaan.

#KARL MARX
-masyarakat adalah suatu struktur yang menderita suatu ketegangan organisasi atau perkembangan akibat adanya pertentangan antara kelompok yang terbagi secara ekonomi.

#EMOLE DURKHEIM
-masyarakat merupakan suatu kenyataan objektif peribadi-peribadi yang merupakan anggotanya.

#PAUL B HORTON & C.HURT
-masyarakat merupakan kumpulan manusia yang relatif mandiri, hidup bersama-sama dalam waktu yang cukup lama, tinggal di suatu wilayah tertentu, mempunyai kebudayaan sama serta melakukan sebahagian besar kegiatan di dalam kelompok kumpulan manusia tersebut.

FAKTOR-FAKTOR/UNSUR MASYARAKAT...
^^beranggotakan minimum dua orang
^^anggota sedar sebagai suatu kesatuan
^^berhubungan dalam waktu yang cukup lama yang menghasilkan manusia baru yang saling berkomunikasi dan membuat aturan hubungan antara anggota masyarakat.


CIRI MASYARAKAT YANG BAIK
*MALION LEVY- ada 4 kriteria yang harus dipenuhi agar sekumpulan manusia biasa dikatakan sebagai masyarakat..

1.ada sistem tindakan utama
2.saling setia pada sistem tindakan utama
3.mampu bertahan lebih dari masa hidup seorang anggota
4.sebahagian @ seluruh anggota baru didapati dari kelahiran..

Thursday, August 19, 2010

MAKSUD BUDAYA

BUDAYA

budaya bermaksud budi pekerti atau akal. secara amnya membincangkan hal-hal yang berkaitan budi dan akal manusia. di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia berlawanan dengan perkara semulajadi yang bukan dicipta atau boleh diubah oleh manusia.

selain itu,pengertian kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. menurut Melville J.Herlkovits dan Bronislaw Malinowski segala sesuatu yang terdapat didalam ssebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri .fahaman ini dikenal dikalangan ahli antropolosi (kajian manusia) sebagai fahaman determinisme (atau penentuan ) budaya.

Herskovoils seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau.

menurut Andreas Eppirik keseluruhan pengertian nilai, norma , ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.

kesimpulannya,budaya boleh disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok masyarakat.

Tuesday, August 17, 2010

SIAPA PUNYA APA...????

MEDIA PRIMA BERHAD


Media prima berhad merupakan syarikat rangkaian televisyen terbesar.Media prima berhad mempunyai empat stesen televisyen,dua stesen radio dan satu syarikat penerbitan media cetak.
Media prima berhad lahir hasil pemecahan aset media Malaysia resource.corp.berhad iaitu sistem yang mengendalikan TV3 dan News straits times paper(Malaysia)Berhad.Segala urusan penstrukturan selesai pada Ogos 2003.
Media Prima mengambil alih penyenaraian sistem televisyen malaysia dalam papan utama Bursa malaysia securities berhad.Media prima terdiri daripada TV3,8TV,TV9 dan NTV7.
Selaku pemilik NSTP,Media prima turut menguasai akhbar berbahasa inggeris iaitu News Straits Times dan The Malay Mail serta akhbar berbahasa melayu iaitu Berita Harian dan Harian Metro.

Berikut adalah senarai lembaga pengarah Media Prima:

*Datuk Abdul Muthalib Mohd Razak
*Abd rahman Ahmad
*Datuk Seri farid Redzuan