Monday, September 6, 2010

peranan media dalam meningkatkan penghayatan ramadhan dan perayaan

media memainkan peranan penting dalam kehidupan semasa masyarakat. media dapat membuatkan masyarakat tersebut percaya, menghormati, mengagumi, memarahi, dan sebagainya. dalam kata lain media dapat mempengaruhi fikiran masyarakat.

media arus perdana iaitu akhbar contohnya dapat memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan bulan ramadhan. contohnya, akhbar menunjukkan tempat-tempat berbuka puasa yang enak pada bulan puasa seperti bazar, pasar kuih, dan sebagainya. harian metro contohnya seringkali memamaparkan temapt berbuka puasa di ruangan kecil akhbar.terdapat juga akhbar yang menyiarkan iklan-iklan perayaan setiap kaum di malaysia. jualan murah diadakan semasa musim perayaan dan diiklankan dalam akhbar. ini membuatkan pembaca surat khabar tertarik untuk mengetahui tempat jualan murah tersebut.adanya gambar-gambar seperti ketupat, mercun, lemang, dan sebagainya membuatkan pembaca semaki tidak sabar menununggu ketibaan hari raya.

radio jug memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan dalam bulan ramadhan. radio biasanya akan mengumandangkan laungan azan tanda berbuka puasa bagi umat islam. disamping itu juga,sepanjang bulan puasa stesen radio banyak memutarkan lagu-lagu nasyid dan bacaan al-quran. penghayatan musim perayaan aidilfitri khususnya semakin dirasai apabila radio mula memutarkan lagu raya terutamanya 10hari menjelang hari raya.

televisyen lebih banyak meningkatkan penghayatan masyarakat pada musim perayaan. televisyen menyiarkan bermacam-macam iklan, filem pendek, cerita-cerita teladan pada bulan puasa dan hari perayaan. TV3 contohnya menyiarkan cerita diari ramadhan rafique yang berkisar tentang dugaan menempuh pusa bagi kanak-kanak khususnya. cerita ini dapat mempengaruhi fikiran kanak-kanak dalam mengenal erti puasa.selain itu TV3 juga menyiarkan jejak rasul pada setiap kali musim ramadhan. selain itu stesen RTM juga memainkan peranan dalam meningkatkan penghayatan puasa seperti bacaan doa buka puasa setiap kali masuknya waktu berbuka.

secara keseluruhannya,media memainkan peranan dalam setiap musim perayaan di malaysia...ini dapat dilihat melalui iklan-iklan yang kami masukkan dalam blog kami.

No comments:

Post a Comment