Wednesday, September 8, 2010

keberkesanan media tradisional berbanding media alternatif

media tradisional adalah media masa dengan kuasa dan mempunyai organisasi yang jelas sebagai media massa. ciri-ciri:
1.maklumat dari persekitaran diterjemah dan diedarkan.
2.menjadfi perantara dan menghantar maklumat melalui saluran tertentu
3.penerima mesej tidak pasif dan merupakan sebahagian daripada masyarakat dan memilih maklumat yang mereka terima.
4.interaksi antara berita dan penerima sedikit

jenis media tradisional surat khabar, majalah, radio,televisyen,wayang dan buku.pada hakikat sebenarnya media tradisional lebih berkesan berbanding moden. media tradisional bermula dari zaman dahulu kala lagi semasa jepun menjejakkan kaki ke tanah melayu.media tradisional diketahui oelh ramai masyarakat bermula datuk nenek sehinggalah cucu. walaupun ramai yang menafikan media tradisional kurang jelas dan lambat tetapi ia memberi kesan yang mendalam ke dalam diri masyarakat kerana sehingga kini masih ramai yang menggunakan dan menghargai media tradisional.sedangkan terdapat pelbagai media contoh akhbar semakin banyak dan hangat seperti sinar harian, metro,majalah juga semakin hangat di pasaran. radio menjadi tempat melepaskan masalah pendengar dan lain-lain berbanding dengan internet yang dikatakan banyak faedah dan kegunaan sebaliknya banyak perkara yang boleh menjatuhkan masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment